Friday 2 December 2011

Panduan Solat


Nilai Wanita

          vs               


Seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat ?


Lelaki muslim : Tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia melemparkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian "Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih? ... 

Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan 


Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan                    istimewa.



Tuesday 15 November 2011

Majlis Khatam Al Quran SKDH1

Sebaik sahaja sesi persekolahan disambung selepas cuti sempena Hari Raya Aidil Adha, Mokti dan kawan- kawan yang lain sibuk dengan Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah. Majlis diadakan pada 9 November 2011 ( Rabu) dan dirasmikan oleh Ustaz Azizi ( Pegawai j QAF di PPD KB). Ustaz Fauzi  dari SK Kg. Sireh pula dijemput sebagai jurukhatam bagi majlis pada kali ini.
    Majlis memang meriah. Dewan berseri- seri dengan  hiasan yang dibuat. Kepenatan yang dirasai hilang bila majlis berjaya dilangsungkan dengan sebaik- baiknya.


Kerja- kerja terakhir sebelum majlis bermula





Dewan kami yang berseri- seri


Pentas lagi


Ketibaan Ustaz Azizi di sambut oleh guru- guru dan diiringi oleh 
Guru Besar SKDH1, Hjh Azizon Abdullah




Ustaz Fauzi  memimpin majlis Khatamal Quran SKDH1 pada tahun ini




Persembahan Nasyid 




ANAK SOLEH

 

Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf, baginda bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf, Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu; "Kenapa bahumu itu ?"

Jawab pemuda itu: "Ya Rasulullah! Saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah meninggalkan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat dan berehat. Selain itu selalu mendukungnya (di bahu)."

Lalu anak muda itu bertanya, : "Ya Rasulullah! Apakah saya termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua ?"

Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: " Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketauhilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."
Ada seseorang  datang bertanya kepada Rasulullah SAWlalu bertanya; "Siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan RasulNya?" Lalu baginda SAW menjawab; "Ibumu". Kemudian dia bertanya lagi; "Selepas itu?" Baginda SAW menjawab ; "Ibumu." Orang itu masih tidak puas hati, lalu bertanya  lagi; " Selepas itu?" Baginda SAW terus menjawab ; "Ibumu, kemudian bapamu"... tiga kali perkataan ibu diulang- ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW.