Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf, baginda bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf, Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu; "Kenapa bahumu itu ?"
Jawab pemuda itu: "Ya Rasulullah! Saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah meninggalkan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat dan berehat. Selain itu selalu mendukungnya (di bahu)."
Lalu anak muda itu bertanya, : "Ya Rasulullah! Apakah saya termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua ?"
Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: " Sungguh Allah redha kepadamu, kamu anak soleh, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketauhilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."
Ada seseorang datang bertanya kepada Rasulullah SAWlalu bertanya; "Siapakah yang perlu kami utamakan selepas Allah dan RasulNya?" Lalu baginda SAW menjawab; "Ibumu". Kemudian dia bertanya lagi; "Selepas itu?" Baginda SAW menjawab ; "Ibumu." Orang itu masih tidak puas hati, lalu bertanya lagi; " Selepas itu?" Baginda SAW terus menjawab ; "Ibumu, kemudian bapamu"... tiga kali perkataan ibu diulang- ulang, kemudian barulah perkataan ayah disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW.
No comments:
Post a Comment